[VIDEO] Jawapan Sempoi Sultan Ibrahim Bila Seorang Makcik Tanya Tunku Idris Dah Ada Calon?



Kembara Mahkota Johor 2016 telah pun berjaya dilaksanakan dari 14hb Mei hingga 17hb Mei 2016 yang lalu.

Pelbagai aktiviti yang padat dengan pelbagai acara dijalankan bagi mendekatkan lagi hubungan antara keluarga diRaja Johor dengan Bangsa Johor di setiap pelusuk negeri Johor.

Sultan Ibrahim dalam laman Facebook rasminya telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Johor; semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat serta pihak polis; askar; Bomba serta lain-lain agensi keselamatan yang telah sentiasa memastikan keselamatan rombongan baginda dan orang ramai yang hadir untuk menyambut baginda serta kepada rakyat baginda- Bangsa Johor yang telah keluar beramai-ramai untuk menyambut keluarga baginda serta rombongan pengiring di mana sahaja mereka pergi.

Dengan motto "Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" - Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dalam laman facebook rasminya juga telah memuat naik video ketika acara tersebut dijalankan.

Terdapat beberapa dialog perbualan yang dapat didengar yang melucukan seperti ketika baginda diberi minuman yang agak manis rasanya.

Sultan Ibrahim: Manisnya!!!!.... Jururawat banyak... kang dia marah (kerana kena kencing manis)

Apa yang menarik dalam video tersebut, pada detik 1:20 ketika anakanda baginda Tunku Temenggong, YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, bersalaman dengan rakyat, baginda Sultan Ibrahim ditanya oleh salah seorang makcik..

Makcik : Tuanku Dah ada calon?
Sultan Ibrahim :  Kalau ada Tolong carikan...... (disambut dengan gelak ketawa rakyat)

Begitulah mesranya keakraban antara Sultan Ibrahim dengan rakyatnya yang dapat dilihat sepanjang acara Kembara Mahkota Johor yang menjadi acara yang dinanti-natikan oleh Bangsa Johor setiap tahun.


Video Kembara Mahkota Johor

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted