Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Zamri Yahya, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu mengalami pitam setelah menghadiri mesyuarat bersama wakil rakyat Kedah di hotel berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu kini stabil selepas dirawat di unit rawatan rapi (ICU) KMC.

"Beliau tidak pengsan atau jatuh hanya pitam dan dikejarkan ke KMC, " katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE