Akhirnya Ameng Spring Akan Dibebaskan Setelah 5 Tahun Dipenjara


Sedar tak sedar, sudah lima tahun masa berlalu dan setelah lima tahun dipenjarakan,  akhirnya vokalis utama kumpulan Spring iaitu Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail akan dibebaskan daripada Penjara Kluang dalam masa terdekat ini.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh isterinya Sabariah Zakaria, namun tarikh sebenar pembebasan tersebut tidak didedahkan olehnya dan  setelah suaminya dibebaskan nanti, beliau berharap agar suaminya itu diberikan peluang untuk meningkatkan keyakinan dirinya.

 “Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini. Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok (hari ini),” katanya.

Pada 12 April 2011, Mahkamah Sesyen Melaka telah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan kepadanya atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Walaubagaimanapun, berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya selama tempoh tahanan di Penjara Kluang, hukuman tersebut telah dipendekkan kepada lima tahun. (rtky/s)

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted