Astro Umum Kenaikan Harga Langganan Astro Sports Pack Mulai 1 Ogos 2016

Astro sebagai  pembekal perkhidmatan terbesar di Malaysia telah mendapat  hak siaran bola sepak eksklusif untuk beberapa liga terbaik dunia.

Sehubungan itu adalah dimaklumkan kepada pelanggan pakej Astro Sports Pack, kenaikan harga langganan akan dinaikkan sebanyak hanya RM 8.48 mulai  1 Ogos ini.
Astro-Sports-Pack-Harga-Naik-1
Harga langganan baru ini termasuk cukai GST sebanyak 6%. Peningkatan harga baru ini adalah disebabkan oleh  peningkatan bayaran penyiaran Liga Perdana Inggeris.

Astro dalam pada itu turut menambah dua lagi saluran dalam pakej sukan tersebut, iaitu saluran e-sukan dua puluh empat jam  baru yang dinamakan eGG Network dan juga saluran BeIn Sports yang menawarkan liputan bola sepak di Eropah.

Dua lagi saluran tambahan Astro Super Sport 4 dan Astro Arena HD juga ditambah.
Setiap pelanggan Astro Sports Pack akan diberikan prebiu OD Plus, Astro Cricket dan Setanta Sports selama 60 hari dari  16 Julai ke 16 September.

Diharapkan pelanggan mengambil maklum tentang peningkatan  harga baru yang akan berkuat kuasa mulai sebulan dari sekarang.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted