Belum Konsert Duit Sudah Ambil, Rasakan Kena Saman - Yazit Seacrh

" Belum konsert, duit sudah ambil" "Search Ikutkan Hati Sangat, Sekarang Mereka Rasalah"

Yazit pemain drum kumpulan Search memaklumkann beliau memang tak terlibat dengan kumpulan itu sejak namanya dikeluarkan daripada perjanjian MOU dengan pihak penganjur AFJets

 “Saman itu adalah keputusan pihak AFJets. Saya tidak campur sebab dari awal lagi saya sudah diketepikan. Jadi saya tidak tahu macam mana. Saya sudah telefon AFJets, mereka kata saya tidak ada masalah apa-apa. Masalahnya hanya pada empat ahli kumpulan yang lain sebab mereka yang tandatangan cek dan perjanjian persefahaman MOU”

“Membatalkan konsert itu sesuatu yang tidak profesional. Mereka ikutkan hati mereka sangat. Sekarang mereka rasalah. Kalau mereka cerita AFJet tidak profesional, ketuk kepala mereka sendiri tanya mereka sendiri profesional atau tidak. Belum konsert, duit sudah ambil,” katanya kepada Projek MMO berhubung perkara berkenaan.

 Semalam Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd telah menuntut saman ganti rugi sebanyak RM1.5 juta serta memberi tempoh selama 14 hari kepada kumpulan Search untuk memohon maaf secara terbuka berikutan kenytaan mereka sebelum ini yang mendakwa Afjets tidak bersikap profesional dan menamatkan perjanjian.

 Sementara itu, Afjets dalam satu sidang media diadakan, telah menafikan segala tuduhan itu yang dianggap sebagai fitnah kepada pihaknya. Dalam masa yang sama, Afjetz turut mendakwa bahawa kumpulan rock itu juga melanggar perjanjian MOU selepas membatalkan konsert secara tidak sah. (rkty/w)

 Kredit gambar: Projek MMO

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted