Penjelasan Menteri Tentang Cuti Tambahan Persekolahan Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2016


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafikan memberi cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cuti raya adalah mengikut takwin persekolahan yang telah ditetapkan awal tahun ini.

Beliau menjelaskan perkara itu di laman Facebook miliknya.

Sebelum ini, di media sosial tersebar surat siaran yang mendakwa cuti sempena Aidilfitri bagi sekolah ditambah tiga hari.

Surat itu didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Cuti sekolah sempena Aidilfitri telah ditetapkan bermula pada 3 Julai hingga 10 Julai depan.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted