Sedih!! Seorang Bapa Yang Baru Menimang Cahaya Mata Maut Dalam Kemalangan


Hari ini adalah merupakan Hari Bapa yang cukup menyedihkan bagi keluarga Allahyarham Mohd. Rizal Shafie, 36 dari Kampung Darat Kijal.
Arwah yang baru menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya baru-baru ini maut selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 136, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pukul 3.30 petang berhadapan Gerai Lemang Kijal dekat sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, kereta Proton Persona yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika hujan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bahagian hadapan sebuah lori muatan lima tan.
"Berikutan rempuhan itu, bahagian hadapan kereta Proton Persona yang dipandu mangsa remuk teruk. Pemandu lori yang berusia 42 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan.
"Mayat Mohd. Rizal yang baru menyambut anak ketiga berusia 48 hari dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - K! ONLINE


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted