Surirumah Menjerit Nampak Lelaki Buka Zip Seluar Dan Selak Baju Budak Budak Tadika Belakang Rumahnya


Seorang surirumah bernama Zarra Asyaari telah memuat naik status beliau di laman Facebook tentang satu kejadian yang disaksikan didepan matanya berlaku di belakang rumahnya 

Kes pedofilia ini yang selalu didengar atau dibaca dalam akhbar dan media sosial kali ini benar-benar berlaku di depan matanya itu perlu dijadikan iktibar kepada semua ibubapa.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut dipercayai memakai baju uniform  prasekolah yang terletak berhampiran rumahnya.

Jom kita baca kisah yang dikongsikannya.

Ini adalah pandangan dari dalam rumah saya, di situlah seorang lelaki menghentikan motosikalnya di hadapan tong sampah rumah kami. Minta semua ibu bapa berhati-hati, selalu baca 'paper' dan tengok berita, tetapi hari ini berlaku di depan mata saya.
Tadi(20/6) dalam pukul 11.30 pagi, saya telah ke dapur untuk menyiapkan bekal Uzma ke sekolah, Uzma baru berumur lima tahun, masuk sekolah jam 12 tengahhari.
Ketika tengah siapkan makanan, tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal dengan membawa seorang budak perempuan berumur empat atau lima tahun berhenti di belakang rumah saya.
Budak berkenaan berdiri di bahagian hadapan motosikal berkenaan(skuter) sambil beg sekolah di belakang badan.
Saya nampak lelaki itu alihkan beg budak itu sambil padang kiri kanan, dia tidak nampak saya sebab cermin dapur memang gelap, hanya boleh melihat dari dalam ke luar.
Selepas alihkan beg budak itu, lelaki berkenaan telah membuka zip seluarnya dan dia angkat baju budak itu, lepas itu dia tarik kain budak perempuan itu.
Saya jerit sekuat hati sambil tangan tepuk-tepuk cermin rumah saya, saya rasa menggigil sambil menangis, saya takut sanagt masa itu, lelaki itu terkejut dan sambil mata memandang kiri kanan, mungkin diatengah cari suara saya, lepas itu dia terus pecut motosikal berkenaan melarikan diri. Ya Allahhh!..





motorsikal suspek




BAPA KANAK-KANAK MINTA TARIK BALIK REPORT POLIS


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted