[VIDEO] Suasana Pilu Semasa Majlis Pengkebumian Jenazah Menantu TPM



KUALA LUMPUR 2 Jun - Al-Fatihah,  Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, yang mana berita kematiannya sungguh  mengejutkan anggota keluarganya, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berada di Tokyo kerana menghadiri 34th Japan-Malaysia Economic Association (JAMECA) and Malaysia-Japan Economic Association (MAJECA) Joint Conference.

Beliau begegas pulang ke tanah air setelah menerima berita sedih ini.





Jenazah suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang. Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Surau An-Nur, Country Heights Kajang di sini kira-kira pukul 9 pagi dan dikebumikan pada jam 10.00 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datim Seri Rosmah Mansor turut menziarahi dan menunaikan solat jenazah.





 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted