Adi Putra Tunai Ibadah Haji bersama Aida Yusof Isteri pertamanya



Alhamdulillah, Ady Putra yang baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi setelah gambar beliau bernikah dengan wanita yang bernama Norshahida Zolkafly, 33 tahun pada 20 Jun lalu tersebar dan beliau terpaksa membuat satu sidang media khas bagi membuat pengakuan dirinya telahpun bernikah buat kali kedua dengan wanita tersebut.


Tetapi, tak lama kemudian, isteri keduanya itu dilaporkan telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terkini setelah berlaku pelbagai konflik didalam rumah tangganya, beliau telah mengambil keputusan untuk berangkat ke tanah suci Makkah menunaikan ibadah haji buat kali kedua bersama isteri pertamanya Aida Yusof hari ini (29 Ogos) 

Di dalam instagramnya, Ady memuat naik gambar beliau bersama isterinya, Aida Yusof, 41 tahun di laman Instagram beliau pagi tadi dan memuat naik status berikut:
 “Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekira ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci utk mendoakan kepada semua,” 


Ramai peminat Adi telah memberikan komen positif serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu ke Mekah dipermudahkan. 

Di samping itu, ramai  juga yang memuji sikap Aida yang tetap setia bersama Adi walaupun timbul konflik diantara mereka berdua lantaran keputusan Adi untuk berkahwin buat kali kedua tanpa pengetahuannya. 


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted