Dapat Pingat Perak Olimpik Pun Kena Kecam Dengan Wartawan



Kejayaan beregu campuran badminton Malaysia ke pentas final Sukan Olimpik 2016 Rio semalam adalah merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan.
Namun misi pingat emas yang pertama di sukan Olimpik Rio tidak kesampaian kerana gandingan Peng Soon & Liu Ying  gagal  mengalahkan  beregu Indonesia.
Tajuk-tajuk akhbar tempatan yang  kurang enak melaporkan berita kekalahan mereka dengan cara telah membuat ramai netizen tidak berpuas hati termasuk juga pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan dalam Instagram miliknya, beliau  berpendapat tajuk berita akhbar ini yang disifatkan boleh menjatuhkan semangat atlit.

Tolonglah hargai pengorbanan



 Sekadar pendapat saya sebagai ahli sukan dan rakyat Malaysia. Kadang-kadang artikel mcm ni la yg menjatuhkan semangat kesukanan kepada athlete Malaysia. Org mcm ni la yg tak reti bersyukur dan berterima kasih kepada athlete yg telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Ini lah dikatakan pengorbanan.
Org ini hanya pandai menulis utk melariskan akhbar mereka sahaja tetapi tidak tahu pengorbanan dan usaha mereka. Saya salah seorg dari berjuta rakyat Malaysia sedikit pun tidak berasa hampa malah berasa bangga dengan pencapaian mereka – tahniah Peng Soon & Liu Ying anda tetap wira kami.



Mereka sudah buat yang terbaik! Tolonglah hargai pengorbanan mereka ya!
Sumber : Aidil Zafuan, Kosmo, Berita Harian

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted